KL, 12 OGOS 2011: Pagi semalam, teman rakan Murai Batu telah diberi peluang untuk menonton filem baru terbitan Tayangan Unggul yang berkonsepkan muzikal, Horee! Hoore! arahan Saw Teong Hin.
Menariknya tentang filem tersebut, ianya memaparkan lagu-lagu hits nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang masih diingati oleh kita semua sampai hari ini.
Antaranya ialah seperti Balik Kampung, Basikal Tua, ...Merisik Khabar, Milik Siapakah Hati Ini, Pelangi Petang dan Salam Terakhir. Namun, ianya telah diberikan susunan muzik yang baru oleh komposer Audi Mok serta disampaikan oleh barisan pelakonnya sendiri.
Barisan pelakonnya pula terdiri daripada wajah-wajah baru dalam industri perfileman Malaysia. Selebihnya yang sudah dikenali seperti Akim AF7, Harun Salim Bachik, Adibah Nor, Fauziah Nawi serta Sharonizam.
Akim AF7 bertindak sebagai teraju utama dalam filem ni dan yang bestnya tu, dia berlakon sebagai pelajar yang popular di sebuah sekolah menengah tetapi jatuh hati dengan seorang gadis yang chubby di sekolahnya.
Rakan-rakannya tak berapa setuju bila diaorang dapat tahu Akim AF7 minat pada gadis chubby tu. Tapi, Akim tetap tidak peduli.
Kata Akim AF7: Besar-Besar Pun Okey Apa!
Teman Murai Batu cakap lagi, dialog yang dilontarkan oleh Akim Af7 itu nampaknya cukup digemari oleh beberapa wartawan serta editor yang diberi kesempatan untuk menonton filem tersebut.
Malah, rata-rata mereka juga menyukai filem tersebut kerana ia sebuah filem muzikal yang mudah untuk difahami, ada lawaknya, ada emosinya tapi yang paling menarik, ianya juga sarat dengan acuan budaya Melayu serta tak lari dari akidah agama.

No comments:
Post a Comment