Sayup - sayup kedengaran. Jauh. Terasa cukup jauh darinya namun suara itu tidak asing dalam hatinya. Ya, suara itu pemilik hatinya. Mana mungkin suara itu asing. Tapi kenapa sangat jauh sekali bunyi nya? Dan di mana dia? Kenapa hanya hitam yang menyelubungi pandangannya?
Tidak juga. Sesekali cahaya putih hadir menyinar menyilaukan penglihatan. Tapi dia masih dalam kegelapan. Di mana dia? Dia sendiri tidak tahu. Fikirannya? Dia sendiri tidak tahu sama ada dia masih mampu berfikir. Apa yang dia tahu, dia benar- benar ingin melihat gadis itu tersenyum lagi di hadapannya. Tangannya di genggam. namun dia tidak punyai idea milik siapakah jemari yang menggenggam. Mahu di genggam kembali namun di rasakan tenaganya tiada. 'Aku, dah mati ke?' hatinya berdetus sendiri. Dia cuba untuk berpaling namun kaku. Hilang kaupayaan untuk mengawal tubuhnya sendiri, mungkin dia harus panik atau setidak-tidaknya meraung untuk bantuan dengan segera. Namun hatinya kosong. Lesu,dia hanya mahu kan gadis itu di situ, tersenyum padanya seperti dulu. Senyuman yang sudah lama tidak dia miliki. Senyuman yang mampu mengembalikan semangat yang terkubur dalm dirinya.
"Andy!" tiba-tiba sahaja suara gadis itu menerjah masuk ke dalam sanubarinya,memaksa dia kembali ke alam nyata; walaupun matanya masih terasa terpejam rapat.
"Aina," dia berbisik sendiri. Tidak tahu jika hatinya ataupun bibirnya yang berbicara. Mungkin dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasakan.
"Andy! Saya ada kat sini! Bukak la mata awak!" suara itu menerjah lagi dalam kesamaran. Aina. Lelaki itu cuba untuk membuka matanya. Cuba untuk melihat dunia selain kegelapan. Namun cahaya terang yang berselang dengan kegelapan hanya menyakitkan penglihatannya. Kat mana ni? Dia menyoal sendiri cuba untuk berpaling ke sisinya. Seluruh tenaganya di kerah,hanya untuk berpaling ke kanannya dan dia di situ.
'Kenapa menangis? Senyumlah,' dia cuba untuk berbicara tapi lidahnya kelu. Dia benci melihat Aina terus menitiskan air matanya untuk dia.
"Janganlah nangis! Buruklah rupa awak menangis!" jerit lelaki itu namun masih lagi menahan suaranya.
"Awak ingat saya nak sangat ke menangis hah?! Dia keluar dengan sendiri lah!" gadis itu menjerit ke arahnya sekuat hati. Dia senang lelaki itu cuba untuk memujuknya namun tidak senang dengan caranya; dan ternyata teriakan gadis itu mengejutkan lelaki itu.
"Awak jerit kat saya tu kenapa??" lelaki itu kembali menjerit ke arahnya sambil terus mengurut dadanya,menyatakan kononnya dia sangat terkejut dengan kelakuan gadis muda itu.
"Dah tu! Saya tengah sedih, bukannya awak nak pujuk! Tambah menyakitkan hati saya adalah!" gadis itu menangis semakin kuat. Lelaki itu mengeluh. Orang ramai yang lalu lalang pasti tidak melepaskan peluang untuk memandang. Ada yang ketawa, ada yang mencebik, ada juga yang memandangnya dengan perasaan penuh benci. Apa salahnya? Dia sendiri tidak tahu.
"Baiklah,baiklah. Dah la tu,jangan nangis lagi. Orang ingat saya jahat nanti," Lelaki itu beralah.
"Tak cukkup baik! Saya masih lagi sedih! " gadis itu terus menangis sekuat hatinya;semakin banyak perhatian yang di terima.
Lelaki itu berhebti seketika,berfikir. Apa cara terbaik untuuk memujuk gadis manja ini agaknya?
"Ais krim nak? Saya belanja?" tangisan gadis itu reda serta merta,berpaling ke arah lelaki itu selepas mengesat air matanya.
"Saya nak yang besar!" jeritnya, masih lagi teresak-esak walaupun tangisnya sudah berhenti.
Andy ketawa kecil,"baiklah puan! Apa saja yang puan nak!" Andy mendabik tangannya sambil menundukkan badannya, ala-ala seorang tentera Jepun memberi hormat kepada ketuanya dan dengan pantas, senyuman terukir di bibir anak gadis itu.